Ciri-ciri


  • Apabila Firaun Menas (3200 S.M.) berjaya menyatukan kesemua nome ini menjadi sebuah kerajaan, beliau telah mengasaskan pusat pentadbirannya di bandar Thinis yang terletak di bahagian tengah Sungai Nil. Selepas itu, pusat pentadbiran ini telah berpindah ke bandar Memphis yang hampir dengan delta Sungai Nil. Pada kemuncak Zaman Pertengahan, pusat pentadbiran ini telah berpindah ke bandar Thebes.  

Firaun Menes
  •  Bandar penting yang lain:
-Heliopolis
-Fayoum
-Abydos
  • Peranan bandar
-tempat kediaman firaun
-pusat pemerintahan dan pentadbiran 
-pelabuhan
-pusat keagamaan
-pusat tumpuan penduduk   

Kehidupan Berorganisasi
-Diketuai oleh firaun (raja yang berkuasa mutlak, dianggap suci, diwarisi secara turun-temuran)
-Gelaran firaun: jelmaan Tuhan Horus
                       Raja Matahari (dipercayai bahawa firaun ialah anak Tuhan Matahari, iaitu Amon-Re)
-Peranan raja:
  ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim, dan ketua pahlawan
- Selepas Firaun – Bangsawan, Rahib, Tuan Tanah, Jurutulis 
-Kemudian rakyat bebas ( petani, pedagang, artisan)
-Hamba (terkebawah)
Susun lapis masyarakat Mesir Purba.

Susun lapis masyarakat Mesir Purba.
 

Sistem pemerintahan
  • Diterajui oleh Firaun yang dibantu oleh bangsawan bagi menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan, mengagih dan mengurus hasil makanan.
  • Bangsawan ialah pembesar seperti pegawai, penasihat, dan gabenor wilayah yang ditakluki.
  • Rahib- mentadbir hal keagamaan
  • Urusan pentadbiran juga dibantu oleh jurutulis ( orang awam yang dilantik untuk menulis rekod kerajaan ) 
 
Gambar Firaun Hatshepsut.

  • Tamadun Mesir Purba juga telah mengiktirafkan wanita sebagai pemimpin. Pada Zaman Empayar seorang wanita telah dilantik menjadi firaun, iaitu Firaun Hatshepsut (1501-1479 S.M.)
  • Era pemerintahannya penuh dengan pembahuruan seperti pembinaan terusan dan penukaran padang pasir kepada tanah pertanian yang subur.
  • Pembaharuan dan kejayaan beliau telah meletakkan Firaun Hatshepsut setanding dengan pemerintahan firaun lain.
Pembentukan Empayar
  • Pembentukan empayar pada zaman kerajaan Mesir Purba berlaku antara tahun 1570-1085 S.M. dalam tempoh pemerintahan 13 firaun yang penting.
  • Zaman Empayar Mesir Purba ini dimanifestasikan dengan penaklukan dan penguasaan Mesir ke atas wilayah-wilayah lain di Afrika dan Asia.
  • Empayar Mesir Purba pada zaman kegemilangan merangkumi kawasan yang amat luas termasuklah wilayah di Nubia di selatan Mesir hingga ke utara serta barat dan juga wilayah di sebelah Asia, iaitu wilayah di Palestin hingga ke Lubnan dan Syria.
Pengkhususan Pekerjaan 
  • Perkembangan aktiviti ekonomi telah mewujudkan pengkhususan pekerjaan seperti penenunan dan pembuatan barang tembikar dan juga peralatan.
  • Eksport utama- tekstil dan kertas.
  • Kegiatan ekonomi lain-perlombongan emas di kawasan Nubia
  • Sungai Nil yang lebar dan dalam telah membolehkan kapal-kapal menyusurinya dan berlabuh di pelabuhan-pelabuhan seperti Thebes, Memphis, Fayoum dan Heliopolis.  
  •  Sistem pemerintahan yang terancang-menarik pedagang-pedagang dari Laut Mediterranean dan Laut Merah untuk singgah di pelabuhan Mesir Purba.
  • Pelabuhan entrepot Mesir-Byblos.    
Agama & Kepercayaan  
  • Percaya kepada konsep politeisme.
  • Tuhan dikaitkan dengan unsur alam seperti 
Re (Tuhan Matahari)
Gambar Re (Tuhan Matahari)
Ra-Atum (Tuhan Langit)
 
Gambar Ra-Atum (Tuhan Langit)
- Amun (Tuhan Angin)
Gambar Amun (Tuhan Angin)

  • Percaya kepada kehidupan selepas mati -mayat perlu disimpan dan dijaga dengan teliti-mayat disertakan dengan peralatan serta keperluan kehidupan selepas mati
  • Solekan mayat, alat kebesaran, dan jumlah barang yang dikebumikan-menunjukkan kedudukan atau status mayat tersebut.
Mayat tersebut diiringi barangan serta kelengkapan harian yang akan ditanam bersama-sama dengannya.
 Sudut maklumat 

Politeisme
Politeisme ialah kepercayaan kepada banyak tuhan.

Penemuan Makam Tutankhamun II
Pada tahun 1922 seluruh dunia telah gempar apabila sebuah makam diraja yang amat masyhur, iaitu Makam Tutankhamun II ditemui oleh pengkaji Mesir Purba, Howard Carter. Penemuan ini berlaku setelah 30 tahun usaha menggali cari di lembah yang dikenali sebagai Lembah Raja di Thebes dijalankan. Mayat Tutankhamun ini diselaputi emas yang beratnya lebih kurang 11 kilogram. Turut ditemui ialah koleksi artifak Mesir Purba yang mengagumkan.
Penemuan Makam Tutankhamun II

Sistem Tulisan
  • Hieroglif-berasaskan kombinasi gambar dan symbol yang berdasarkan bunyi
  • Tujuan-mencatatkan rekod aktiviti pertanian, pengutipan cukai, keagamaan dan amalan ritual kepercayaan
Gambar ini menunjukkan tulisan hieroglif.

Tulisan hieroglif Mesir.Gambar boleh mewakili perkataan atau suku kata yang membentuk perkataan.


4 ulasan:

  1. Pada tahun 1922 pengkaji mesir

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Saya ada gambar yg dibuat semula mengikut gambar asal zaman pemerintahan di mesir
    Boleh wasap 0168453163 kalau nak tgk

    BalasPadam